DISEMBER 2021

Abg Jo & Tiga Lain Dalam Pertandingan 4-Penjuru


GEDONG: Pencalonan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg telah disahkan oleh Pegawai Pilihanraya untuk PRN12 bagi DUN N26 Gedong bersama tiga orang calon dari parti lain dalam pertandingan empat penjuru. 

Beliau yang bertanding di atas tiket Gabungan Parti Sarawak (GPS) tiba di Pusat Penanaman Calon sebelum jam 9.00 ditemani oleh Pencadang dan Penyokong.

Terdahulu beliau telah memulakan langkah ke Pusat Penanaman Calon bertempat di Dewan Masyarakat Gedong dengan iringan titipan doa bersama para penyokong. 

Pada sidang media selepas selesai urusan penanaman calon beliau berkata proses penamaan calon yang berjalan lancar di seluruh negeri menunjukkan amalan demokrasi yang segar dan subur di negeri ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha dengan gigih untuk mempastikan semuanya berjalan dengan selamat.

Turut hadir memberi sokongan kepada Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri yang juga ahli Parlimen Batang Sadong.

Sumber dari : Sarawakku